Percaya kepada Allah s.w.t.
1) Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa Tuhan itu satu.(Tauhid).
2) Konsep keesaan Allah s.w.t ini adalah mutlak,dan tidak sama dengan apa jua yang wujud
di dunia ini.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud :
" Katalah ( Wahai Muhammad ) bahawa Allah s.w.t itu tunggal.Allah s.w.t tempat meminta.
Tidak Dia beranak dan tidak juga dia diperanakkan.Dan tiada yang serupa dengannya,
Dialah Tuhan yang Esa."
Percaya kepada para Malaikat
1) Individu mukmin percaya bahawa Allah s.w.t telah mencipta pelbagai makhluk termasuk
malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintahnya dengan penuh ketaatan.
2) Secara tepat,hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui jumlah malaikat.
Namun, individu mukmin wajib beriman dan percaya terhadap sekurang-kurangnya 10 malaikat,
iaitu :
a) Malaikat Jibril - malaikat yang menyampaikan wahyu.
b) Malaikat Mikail - malaikat yang menyampaikan rezeki.
c) Malaikat Atid -malaikat yang menulis segala amalan kita.
d) Malaikat Razib - malaikat yang menulis segala kejahatan kita.
e) Malaikat Ridhwan - malaikat yang menjaga pintu syurga.
f) Malaikat Malik -malikat yang menjaga pintu neraka.
g) Malaikat Mungkar -malaikat yang menyoal kita di dalam kubur.
h) Malaikat Nakir - malaikat yang menyoal kita di dalam kubur.
i) Malaikat Izrail -malaikat yang mencabut nyawa.
j) Malaikat Israfil - malaikat yang meniup sangkakala.
Percaya kepada Kitab-kitab Allah s.w.t.
1) Individu mukmin percaya bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
2) Kitab-kitab yang wajib diimani oleh individu mukmin ialah:
a) Taurat -diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
b) Zabur - diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
c) Injil -diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
d) Al-Qur'an -diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
3) Masyarakat muslim hari ini percaya bahawa selain Al-Qur'an ,kitab-kitab yang di turunkan telah diubah suai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.Justeru tiada lagi naskah-naskah yang tulen. Al-Qur'an menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
Percaya kepada Nabi dan Rasul.
1) Islam mengajar umatnya bahawa Allah s.w.t menyampaikan wahyu nya melalui malaikat kepada nabi dan rasul.
2) Rasul dan nabi merupakan manusia biasa.
3) Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah s.w.t untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya sahaja.
4) Rasul pula merupakan seorang lelaki yang di pilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain.
5) Terdapat lebih daripada 300 orang telah di pilih sebagai rasul sejak bermulanya perciptaan manusia. Manakala, nabi pula lebih kurang 1000 orang ( termasuk rasul).
6) Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam AL-Qur'an ,termasuk Adam,Idris,Nuh,Lut,Ibrahim, Musa,Isa dan Muhammad. Daripada 25 orang ini , terdapat lima rasul yang di gelar rasul ulul azmi. Rasul-rasul ini ialah Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s.,Nabi Musa a.s.Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
7) Muhammad merupakan nabi dan rasul yang terakhir.Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepasa kewafatan baginda.Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir sebelum berlakunya kiamat, iaitu Al-Qur'an dan Sunnah kepada manusia.
Percaya kepada Hari Akhirat.
1) Individu mukmin wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau Akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Al-Qur'an.
2) Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa,iaitu pada hari kiamat.
Percaya kepada Qada' dan Qadar.
1) Individu mukmin wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi semuanya menurut ketentuan Allah s.w.t.
2) Segala sesuatu ( baik dan buruk) sudah diatur sejak azali.Manusia tidak mengetahui tentang sesuatu sehingga ianya terjadi.
3) Qadar atau difahami juga sebagai takdir merupakan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Qada' pula bermaksud perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.s.t.
No comments:
Post a Comment